Di Prife, kami berhasrat untuk memberi inspirasi bahawa setiap impian boleh dicapai. Kami mahu mencetuskan cita-cita, dan meletakkan senyuman di wajah kakitangan kami. Kami mencipta platform kerjaya yang dinamik dan hebat untuk orang di seluruh dunia. Pencapaian kami sebagai jenama global bukan sekadar melalui perancangan yang strategik lagi berhemah serta pentadbiran dan pelaksanaan yang cekap. Prife telah dibina oleh barisan kakitangan yang semua mendukung hasrat untuk mengubah kehidupan orang ramai, mewujudkan kemakmuran yang mampan dengan membantu orang lain untuk berjaya.
Ibu Pejabat Prife terletak di Malaysia, dan kini telah berkembang ke seluruh dunia lebih daripada 80 negara dan wilayah, kami mendapat manfaat daripada tenaga kerja berdaya saing yang bergerak bersama sambil saling menghormati. Sekiranya anda bersedia menyertai pasukan yang membangun dan melangkah ke depan pada kadar yang signifikan - terus mencatat kejayaan demi kejayaan serta rekod-rekod prestasi yang amat memberangsangkan - dengan kuasa untuk mengubah kehidupan, maka kami mengalukan anda untuk memulakan kerjaya di Prife.
Kami berbangga dengan budaya “One Prife, One Team, One Family”. Budaya kami dibentuk oleh pekerja Prife, yang merupakan kunci kejayaan syarikat.
Kami membantu anda dalam pembangunan profesional anda, menggalakkan anda memperoleh perspektif baharu melalui kerjasama silang fungsi dan antarabangsa serta menyediakan pelbagai peluang pembangunan kerjaya.
Skim faedah kami direka untuk menyokong setiap pekerja dengan menawarkan pelan penjagaan kesihatan yang komprehensif, gaji lumayan dan manfaat-manfaat lain untuk mencapai keseimbangan kerja-kehidupan yang sihat.
Kami menawarkan pekerja kami persekitaran kerja yang adil dan menarik, memperkasakan kebebasan, peluang latihan dan tumpuan pada kepelbagaian, ekuiti, keterangkuman dan fleksibiliti.
Sertai pasukan dinamik kami!
Sila hantar CV/Resume anda ke prifeintl@gmail.com
& mencetus potensi anda bersama kami.
*Permohonan hanya untuk permastautin tetap Malaysia.
Menulis kepada kami Atau Hubungi kami melalui panggilan telefon.
Hak Cipta Terpelihara | Prife Antarabangsa
Semua Maklumat yang diberikan di laman web kami adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak menggantikan nasihat perubatan profesional. Sekiranya anda inginkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan, sila berunding dengan pakar perubatan atau pembekal penjagaan Kesihatan.
* Sila rujuk kepada penafian kami untuk maklumat penuh.