Laman Utama

Era Gemilang, Kesihatan Cemerlang

Prife International

"Prife" berasal daripada gabungan perkataan "Prima (Prife)" dan "Kehidupan (Life)", ia menggambarkan hasrat dan usaha kami untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup orang ramai dengan menggunakan rangkaian produk unggul serta perkhidmatan kami.

 

Visi dan misi Prife International adalah menerajui menjadi sebuah syarikat e-dagang berpengaruh bertaraf global, memperkenalkan dan menghasilkan produk inovatif seperti elektronik, penjagaan kesihatan, suplemen dan lain-lain dalam industri kesihatan.

 

Matlamat Prife International adalah membina jaringan jualan global yang mantap untuk menjangkau 100 buah negara atau lebih di seluruh dunia. Pengguna dan ahli-ahli boleh meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup mereka secara keseluruhan dengan menggunakan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan kami. Kami memiliki pengedar/stokis di seluruh dunia, malah orang ramai boleh mendapatkan produk dan perkhidmatan kami melalui ejen/ahli jualan.

 

Sejak penubuhan pada 2021, Prife International telah mendapat populariti yang meluas dan berpengaruh dalam industi ini, produk kami mempunyai peminat yang setia menyokong dan amat digemari oleh pengguna di seluruh dunia. Ini termasuk di negara Amerika Syarikat, Amerika Utara, Eropah, Afrika, Asia Tenggara - Indonesia, India, Timur Tengah dan negara-negara lain.

Lebih Lanjut

Ketahui Lebih Lanjut Tentang

Prife International

Produk Kami

iTeraCare

Gabungan tiga teknologi utama - Terahertz, Kuantum dan Kuarza Optik. Komponennya terbentuk lebih daripada 100 elemen surih. 

IONShield

“Pelitup Elektronik” Loket IONShield melindungi kesihatan keluarga anda. Ion negatif dapat memusnahkan zarah berbahaya PM2.5, asap rokok terpakai, staphylococcus dan alahan. 

7Wonders

Terdapat 7 faktor utama untuk menentukan kualiti air yang bagus. 

iTera-Bio

Membantu membersihkan badan, menggalakkan metabolisme, membuang sisa toksin dari badan. Melancarkan penyumbatan dari dalaman ke luaran.

(Tidak tersedia di Kanada)

iTera-Bio Lite

Gabungan teknologi teras 3+1 terkemuka di dunia: Terahertz, Tenaga Sinusoidal, Gelombang Grafen dan Teknologi Medan Elektromagnet Berdenyut (PEMF) untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

(Tidak tersedia di Kanada)

Arowave

Arowave diperbuat daripada Gaharu (Oud).

Ia ditambahkan dengan gabungan unsur-unsur yang unggul untuk menenangkan fikiran.

Ti-ResT

Ti-ResT menggabungkan pati Cendawan Susu Harimau, Cendawan Antrodia Camphorata, Cordyceps Sinensis, dan Delima, herba traditional yang bermanfaat untuk kesihatan pernafasan dan imuniti.

(Tersedia di Malaysia sahaja)

LifeMeal

Minuman berkhasiat kaya dengan 15 jenis bahan yang sihat, memberikan rasa kenyang lebih lama dan sesuai untuk pengurusan berat yang sihat. Terdapat dua perisa lazat: Soya dan Ubi Manis Ungu.

(Tersedia di Malaysia sahaja)

EMF Shield

Tubuh manusia terdedah kepada peranti pemancar EMF setiap hari, termasuk telefon bimbit, gelombang mikro, komputer dan banyak lagi. Apabila teknologi semakin maju, keamatan EMF makin meningkat. EMF Shield dapat membantu mengimbangi kesan negatif sinaran elektromagnet bukan pengion.

(Tersedia di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Australia sahaja)

(Tidak tersedia di Kanada)

Renew Patch

Renew Patch ialah gabungan unik bahan botani yang menyokong kecergasan badan dan pemulihan. Ia bantu melegakan tekanan, meningkatkan kualiti tidur, mengurangkan keradangan, meningkatkan fleksibiliti dan vitaliti untuk kesejahteraan emosi dan fizikal yang optimum.

(Tersedia di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Australia sahaja)

(Tidak tersedia di Kanada)

KH Alfalfa

Klorofil adalah ekstrak yang larut dalam air beralkali yang dikenali sebagai natrium kuprum klorofilin yang diperoleh secara eksklusif daripada tumbuhan Alfalfa melalui proses pengekstrakan semulajadi.

(Tersedia di Malaysia dan Myanmar sahaja)

Diamond Life

Rumusan daripada herba oriental bernilai tinggi seperti Tanduk Rusa, Cordyceps, Cistache, dan Ginseng yang digunakan secara tradisional sebagai tonik untuk mencergaskan paru-paru dan menyihatkan buah pinggang. Ia bantu anda mengatasi kecemerlangan cabaran penuaan dan stamina, malah mencapai puncak prestasi yang optimum.

(Tersedia di Amerika Syarikat sahaja)

(Tidak tersedia di Kanada)

Premium Golden Clam

Premium Golden Clam merupakan suplemen berkhasiat tinggi untuk pelindungan hati. Ia satu-satunya Golden Clam dari Taiwan Lichuan Aquafarm diternak menggunakan mata air segar dan alga organik yang unggul di dunia. Ia berfungsi mencergaskan hati anda, meningkatkan tenaga dan stamina dengan berkesan.

(Tidak tersedia di Kanada)

MintBliss+

Rumusan minyak pati yang unik diekstrak daripada peppermint dan bunga ros organik dari Perancis, ia boleh memberikan manfaat kesihatan untuk menenangkan, melegakan, dan mencergaskan.

Nattokinase Bacillus Natto

Nattokinase ialah enzim yang berasal daripada natto, makanan kacang soya tradisional yang ditapai popular di Jepun. Nattokinase membantu menyokong kesihatan kardiovaskular dan jantung.

Aqua3

Aqua 3 dirumus khas dengan formulasi meningkatkan vitaliti secara semula jadi untuk membantu mencergaskan badan, meningkatkan tenaga, menggalakkan pertumbuhan semula dan pemulihan sel, juga melambatkan proses penuaan.

Envy-Spec

Gabungan 7 teknologi revolusioner yang dilengkapi dengan bahan TR berkualiti tinggi, ion negatif, inframerah jauh, cahaya anti-biru, anti-UV, kanta optik unik dan reka bentuk estetik untuk melindungi mata anda, serta bantu melegakan pelbagai gangguan mata.

Takara Patch

Dirumuskan dengan cuka kayu semulajadi pokok Sakura, pokok Oak, pokok Beech, dan gabungan 11 bahan terpilih yang unggul. Takara Patch ialah tampalan kaki yang hebat direka khas untuk membuang toksin dari badan melalui tapak kaki dan meningkatkan kesihatan keseluruhan.

Sacha Inchi Nuts

Snek yang sihat dan berkhasiat untuk meningkatkan tenaga sepanjang hari. Kacang kecil ini kaya dengan protein, dan sumber berasaskan tumbuhan Omega 3, 6, dan 9. Ia membantu melancarkan peredaran darah dan memberi manfaat kepada individu yang mengalami masalah kolesterol tinggi.

Agarwood Perfume

Siri Minyak Wangi Gaharu untuk PERFECT, CHARM, DREAM, diadunkan dengan wangian agarwood yang berkekalan panjang mempersonakan orang ramai dan membangkitkan kenangan yang tak terlupakan. Diperkayakan dengan feromon yang hasil ciptaan teknologi Jerman untuk memikat hati dengan setiap semburan.

Agarwood Oil

Prife Agarwood HOT Oil membantu melegakan ketegangan otot pada leher, bahu dan lutut. Ia sesuai untuk orang yang melihat telefon bimbit dan komputer setiap hari dan memandu jarak jauh.

 

Prife Agarwood COLD Oil boleh disapu pada gigitan nyamuk untuk melegakan kegatalan, bengkak dan kesakitan dengan cepat. Ia juga boleh membantu melegakan lebam akibat terseliuh ringan.

Tenaga Skalar

Siri Produk Tenaga Skalar membantu meningkatkan dan mengimbangi medan bio badan, menguatkan tahap tenaga dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan

Spring Life

SpringLife silika larut air, dihasilkan di Jepun dengan teknologi canggih dan formula unggul yang direka khas untuk meningkatkan kesihatan. Ia mengaktifkan potensi penuh badan anda dengan membekalkan mineral surih penting - silika.

Aurora Optics Sunglasses

Aurora Optics Sunglasses, cermin mata hitam premium yang direka khas untuk meningkatkan kejelasan visual dan melindungi kesihatan mata anda.

Luxe Beau

Luxe Beau ialah siri produk penjagaan kulit yang amat berkesan dengan formulasi R&D dari Taiwan, ia kaya dengan asid hyaluronik, kolagen hidrolisis, peptida dan ekstrak tumbuhan yang unggul untuk mencergaskan kulit agar awet muda.

Teh Tengpin

Tengpin Tea ialah teh hitam gred premium yang kaya dengan teh polifenol, polisakarida teh dan theanine dengan EGCG (epigallocatechin gallate) yang bermanfaat untuk kesihatan.

HydraCare Socks

HydraCare Socks lembut, mempunyai pengudaraan yang baik dan selesa. Ia membantu mencegah dan mengatasi keretakan atau pengelupasan, melembutkan kulit mati dan memperbaiki tekstur kulit kasar pada kaki. Penjagaan untuk kaki yang sihat dan selesa.

NXGEN

Cip premium terahertz tidak mengganggu ini kecil tetapi hebat. Ia dapat resonans pada sel badan, pancaran frekuensi terahertz boleh menembusi secara mendalam sehingga 20 hingga 30 cm ke dalam badan kita untuk menggalakkan peredaran darah dan meningkatkan sistem imun.

Cellfood Plus

Cellfood Plus merupakan perlindungan oksigen tinggi dan bertindak sebagai makanan super untuk sel. Formula sempurna ini membantu meneutralkan radikal bebas, memetabolismekan makanan, menyingkirkan toksin, menyokong pembentukan sel baru, dan memulihkan sel dan tisu yang rosak. Ia adalah suplemen oksigen terbaik untuk semua jenis penyakit dan untuk kesihatan yang hebat.

Kopi Pracampur 6 Dalam 1

Pracampur premium kopi Arabica berkualiti tinggi, diperkaya dengan ekstrak Maca, Ganoderma dan Ginseng untuk menggalakkan tenaga dan meningkatkan kesihatan umum.

ProBio-Gem

ProBio-Gem direka untuk mengekalkan kesihatan pencernaan. Ia mengabungkan formula unik probiotik, prebiotik dan eksosom kesihatan pencernaan yang mengimbangi dan menyokong sistem pencernaan, mewujudkan ekosistem bakteria baik dan sihat dalam usus anda.

Prife x Redfores

Buih pembersih Peribadi Wanita

Dirumus khas dengan anti-bakteria semulajadi Sateera® yang dipatenkan dengan pati pokok bakau berusia 30 tahun untuk menghapus bakteria jahat dan mengekalkan bakteria baik. Formula yang lembut berkesan melindungi bahagian intim, berikan anda kesegaran dan yakin sepanjang hari.

Graphene Energy Patch 

Graphene Energy Patch menggunakan graphene inframerah jauh dan teknologi medan magnet untuk melegakan ketidakselesaan bertindak pantas di bahagian yang disasarkan. Ia memberikan sensasi yang menyejukkan dan selesa, lembut, tidak merengsa dan tidak menyebabkan alahan kulit.

Oversaturated Hydrogen Water Bottle

Botol hidrogen yang bergaya dan mudah dibawa ini mampu menghasilkan air hydrogen sehingga 4000 ppb, ia mematuhi pensijilan FDA AS dengan menggunakan bahan Tritan gred makanan untuk membantu mengekalkan kesihatan yang optimum.

Acara Kemuncak

Share by: